BLOGGER IS ON HIATUS. ANY QUESTIONS, PLEASE EMAIL AT sherahshahirah24@gmail.com or ANY OTHER LINKS THAT I'VE PROVIDED IN LINKS SECTION. MERCI, ARIGATOU GOZAIMASU, SYUKRAN, THANK YOU ☺

Members ♪

Saturday, August 31, 2013

Pemakaian Cincin ikut Sunnah.

Hi there. Penat keletihan tak hilang lagi lepas balik dari kem TOT. Pheww, untuk update kali ni aku nak share mengenai pemakaian cincin ikut sunnah :) Setelah ramai kawan-kawan aku yang aku nampak cara pemakaian cincin diaorang, jadi aku nak kongsi lah sedikit sebanyak mengenai cara pemakaian cincin yang elok dan cara yang ditegah, oleh Rasulullah SAW.


Okay, seperti yang kita tahu, memakai cincin ni merupakan sunnah Nabi Muhammad SAW. Tapi betulkah cara kita pakai tu? Haaaaaa.. Check balik. Pada sesiapa yang belum tahu mengenai cara-cara pakai cincin yang molek dan mengikut sunnah, habiskan baca. *rasa macam memaksa pulak.. eheheh*


Nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah, iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad SAW. Nabi SAW berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari:

  • Jari Manis
  • Jari Kelingking

empunya



dan JANGAN lah memakai di jari:
  • Jari Telunjuk
  • Jari Tengah
Pemilik

Okay, tahu tak kenapa Nabi Muhammad SAW melarang kita memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah? Haaaa, ini adalah kerana *ehemm, formal sikit*, cara pemakaian cincin ni merupakan cara berhias kaum Nabi Luth AS, kaum yang pernah dilaknat oleh Allah SWT.

Okay, dah tahu kan? Jadi, pakailah cincin mengikut sunnah sebetul-betulnya. Kita tak nak dikategori sebagai kaum Nabi Luth, right? :) Nauzubillah Minzalik.. Okay, itu saja, wallahualam :)


  1. Sumber
  2. Sumber
  3. Sumber


Thanks for dropping by :)

Monday, August 26, 2013

The Journey has Begin

Pagi yang dingin. Terasa lebih dingin setelah beberapa jam di dalam bas tanpa henti. Perjalanan aku ke Kuala Terengganu menimbulkan pelbagai perasaan dalam hati. Kepulangan ni, bukan sekadar pulang yang bersahaja. Malah, ianya adalah satu tanggungjawab yang dah lama aku lakukan semenjak kecil. Belajar, pelajar. Hmm, Jam menunjukkan 5.40 pagi. Alhamdulillah aku selamat sampai ke 'medan perjuangan' aku setelah hampir 3 bulan merehatkan diri. Kelihatan, pak cik yang keluar awal dari rumahnya,mungkin bekerja. Kelihatan juga seorang mak cik yang telah mempersiapkan dirinya dengan pakaian solat untuk ke surau yang berdekatan. Aku tidak menafikan, aku rindu suasana di Kuala Terengganu :) Aku rindu suasana yang riuh bersama-sama mereka.

Sumber

"Lepas ni, masing-masing kat rumah sendiri. Masuk tahun 2 ni, semua berdiri atas kaki sendiri", detik hati.

Sudahlah ayat bunga tu. Aku tak pandai sangat. Tu je yang aku dapat fikir secara indah dan dihiasi bunga-bungaan. *ecehhh. Akhirnya, aku dah sampai Universiti Malaysia Terengganu. "Buat apa balik awal? Semangat dohhhhh".

Aku balik awal sebab ada tugas. Jawapan ringkas. "Tugas apa?" eh eh, tanya lagi.

Fasi. "Felamaks, jadi fasi!"  Hehehe. Awesome kan? -_- *Astaghfirullah, riak. puii.

Hmm. Sampai-sampai je UMT daftar, dapat bilik, terus pergi ATB (blok lama aku) ambil baldi dengan perkakas mandi, terus balik ke bilik sementara tu. Kemas bilik, siap semua, On laptop, update entri. :)

So, people who reading this, wish me all the best for this semester. Gonna be a tough one. And those who've been offered to further their studies at UMT, see you during the MINGGU JALINAN MESRA.

Ciao guys.. Assalamualaikum.



Thanks for dropping by :)

Saturday, August 24, 2013

Back To Basics Giveaway


Klik banner untuk join :)

Nak tag dua org blogger awesome:

Thanks for dropping by :)

Wednesday, August 21, 2013

September Giveaway by www.cikyaya.my


klik banner untuk join


Thanks for dropping by :)

Tuesday, August 20, 2013

Tutorial letak back to top button.

Assalamualaikum..

Hurm, fungsi back to top button ni adalah untuk bila korang scroll sampai bawah, mesti malas nak scroll ke atas balik kan? same lah macam aku :) lagi lah kalau blog tu panjang berjela-jela ceritanya..kan? okey, jom mula.. :)

1- Klik dekat LAYOUT ► ADD A GADGET ► HTML/JAVASCRIPT

2- Lepas tu, copy and paste code bawah ni dekat HTML/JAVASCRIPT okey ? ☺

<a title="Back to Top" href="#" style="position: fixed; bottom: 5px; right: 5px;"><img src="URL GAMBAR"></a>

3- yang warna merah tu, gantikan dengan image URL korang sendiri, okey :)

4- yang warne purple tu pun boleh tukar same ade korang nak letak kat kanan atau kiri :)

5- preview, kalau okey , klik save ♥

6- Siap :)

p/s : Kalau nak guna top button yang ni, amek lah :) selamat mencuba ☺



http://i1134.photobucket.com/albums/m601/justme242/topbutton.png

 photo up8.png

http://i1134.photobucket.com/albums/m601/justme242/up8.png


 photo up7.png

http://i1134.photobucket.com/albums/m601/justme242/up7.png


 photo up4.png

http://i1134.photobucket.com/albums/m601/justme242/up4.png


 photo up1.png

http://i1134.photobucket.com/albums/m601/justme242/up1.png


 photo up5.png

http://i1134.photobucket.com/albums/m601/justme242/up5.png


 photo up2.png

http://i1134.photobucket.com/albums/m601/justme242/up2.png


 photo up6.png

http://i1134.photobucket.com/albums/m601/justme242/up6.png


 photo up3.png

http://i1134.photobucket.com/albums/m601/justme242/up3.png



Thanks for dropping by :)

Thursday, August 15, 2013

Rukhsah Solat bagi Musafir - Solat Jamak dan Qasar

Hi there ! Update untuk kesekian kalinya. :face40: Kali ni aku nak kongsi mengenai Rukhsah Solat ketika bermusafir. Alang-alang ada yang jalan jauh raya ni kan. Balik kampung semua jejauh, tapi solat yang wajib kita tunaikan, jangan lupa ya :face68: Actually aku pun baru balik dari kampung halaman. Otw nak balik tu, terfikir pasal rukhsah solat ni. Mungkin ada sesetengah tidak tahu niatnya. Mungkin ada yang ragu-ragu kan. Adik aku yang kecik pon sokmo tanya :face14: pasal Jamak Qasar bila nak solat ketika berjalan jauh ni.



Okay, ada pelbagai cara nak lakukan rukhsah solat ketika bermusafir atau berjalan jauh ni :D Tapi, untuk entri pertama ni aku nak kongsi cara solat Jamak dan Qasar dahulu. (yang dilakukan kedua-duanya sekali gus) Islam ni MUDAH, SIMPLE. :D Tapi Rukhsah Solat ni dilakukan ketika bermusafir. Jangan pulak malas nak solat pergi buat Qasar. Minta dijauhkan sifat malas ni yaaaa ;) Nak tahu syarat musafir? Klik SINI

Okay, jom mula baca. *jika ada salah mana-mana mohon teguran ye*

1- Kita baca niat dulu

Niat solat Jamak Taqdim dan Qasar.

Zuhur-Asar.


أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر أداء لله تعالى
"Sahaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala"


أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر أداء لله تعالى

"Sahaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala"

Maghrib-Isya'


أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إليه العشاء أداء لله تعالى
"Sahaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala"


أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إلي المغرب أداء لله تعالى
"Sahaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala"

Niat solat Jamak Ta'hir dan Qasar.

Asar-Zuhur.


أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر أداء لله تعالى
"Sahaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur tunai kerana Allah Taala"


أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر أداء لله تعالى
"Sahaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala"

Isya'-Maghrib.


أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إليه المغرب أداء لله تعالى
"Sahaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya maghrib tunai kerana Allah Taala"


أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء أداء لله تعالى

"Sahaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala"

Settle niat? Kalau ada yang tak jelas, tersalah ke, cakap ye :) Mohon tunjuk ajar dalam perkongsian ni :D

2- Cara mengerjakan Solat Jamak dan Qasar


  • Kalau Jamak Taqdim, solat Zuhur dan Asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu Zuhur. [Kalau Jamak Ta'hir hendaklah dilakukan dalam waktu Asar.]
  • Berdiri lurus mengadap kiblat.
  • Berniat hendak mengerjakan solat Zuhur secara Jamak Taqdim dan Qasar. [Kalau Jamak Ta'hir, solat Jamak dan Qasar pada waktu terakhir (Waktu Asar).]
  • Setelah itu kerjakan solat Zuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.
  • Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu Asar.
  • Berniat untuk mengerjakan solat Asar secara Jamak Ta'hir.
  • Kerjakanlah solat Asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.
  • Kalau Qasar Jamak Taqdim atau Jamak Ta'hir antara solat Maghrib dan Isyak, maka hendaklah niatkan solat Maghrib secara Jamak Taqdim atau Jamak Ta'hir sahaja tanpa menyebut Qasarnya.

Okay, sampai sini dulu. Nanti aku sambung Rukhsah Solat yang lain pulak :a1: Assalamualaikum :)


  1. Sumber
  2. Sumber




Thanks for dropping by :)

Tuesday, August 6, 2013

Salam Lebaran 1 Syawal 1434H :)

Hi there. Rindu nak taip. Buka je blog hari-hari, tapi idea tu tak datang hari-hari. Ho Ho Ho. Kalau buka blog, paling suka blogwalking lah :D Thanks to kepada blogger yang sering update. Sebab aku suka baca blog korang :D Thumbs up! Hilang rasa bosan semua 

So, hari ni merupakan hari kedua terakhir Bulan Mulia bulan Ramadhan. Sekejap je bulan Puasa ni berlalu. Serius, aku rasa sekejap sangat. :/ Hmm. Korang tak rasa ke? Hoho. Dah nak habis dah cuti 3 bulan aku dekat rumah ni. Zz. Sementara diberi peluang dan kesempatan ni, aku nak ucapkan selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Mohon ampun kepada sesiapa yang terasa dengan entri aku, ada ayat-ayat yg ditutur mungkin tak sedap dibuat baca, mohon maaf deyh.

Sumber

Have a blast :D May Allah SWT bless you forever and always. :3




Thanks for dropping by :)

Friday, August 2, 2013

Indescribable.

Mulut hanya sekadar cakap,

tapi hati tidak memaksudkan.

Hati sering terniat,

tapi badan masih tak gerak seiring dengannya.

Otak kata lakukan,

tapi hati disuntik dengan bisikan syaitan agar kita menangguhkan.

Lalu badan berasa senang untuk menangguhkan.

Astaghfirullah. Lihatlah sekarang. Mana pergi hati?

Mana pergi Iman? Allah lekatkan diriku hanya semata-mata kerana-MU.

Aku takut akan mati, akan kiamat dan juga balasan-MU diakhirat kelak.

Tapi aku tidak selalu mengingatkan badan, hati dan otak tentang itu.

Allah, bila aku nak sedar ni????? :’(

I need a BIG force to move, instead of a little force that I've been told.





Thanks for dropping by :)