BLOGGER IS ON HIATUS. ANY QUESTIONS, PLEASE EMAIL AT sherahshahirah24@gmail.com or ANY OTHER LINKS THAT I'VE PROVIDED IN LINKS SECTION. MERCI, ARIGATOU GOZAIMASU, SYUKRAN, THANK YOU ☺

Members ♪

Thursday, June 27, 2013

Tutorial Scrollbar Bercorak




Nak try scrollbar ni? boleh boleh. Haa, Scrollbar ni dia jadi dekat Google Chrome je. Kalau nak view dekat Firefox, IE memang tak nampak scrollbar comel ni :) Hee.

1- Pergi ke Template ► Edit HTML

2- ctrl+F  dekat dalam kotak HTML tu. Cari coding ni → ]]></b:skin>

3- Lepastu, ctrl+C coding dibawah ni.

::-webkit-scrollbar {
height:12px;
width: 15px;
background : url(URL untuk background);
}
::-webkit-scrollbar-thumb {
background-color: #000000;
-moz-border-radius: 10px;
border-radius: 10px;
border: 2px solid #000000;
}

4- Paste coding tu sebelum coding ni → ]]></b:skin>.

5- Petunjuk coding :

  • webkit-scrollbar : ni adalah coding untuk background scrollbar. Kalau berdasarkan gambar yang awal-awal tu dia yang bercorak sama dengan background blog. (sorry kalau tak paham apa yang aku cuba terangkan -_-) Yang di-highlight warna kuning tu boleh tukar kalau tak nak letak background bercorak. Gantikan dengan coding dibawah :)
background-color: #ffffff;

  •  webkit-scrollbar-thumb : yang ni pulak benda yang bergerak-gerak tu. Kalau rujuk gambar kat atas, dia yang warna hitam tu. Yang di highlight warna biru tu boleh tukar kalau nak scrollbar macam kat bawah ni, gantikan coding tu dengan yang ni → background : url(URL untuk background);


  • Biru : boleh ubah warna HTML COLOR CODE
  • Hijau : Saiz ketebalan border untuk scrollbar thumb.
Sekian. Kalau ada apa-apa yang kurang jelas atau tak jadi, bagitau ya :D Arigatou.





Thanks for dropping by :)

Tuesday, June 25, 2013

Simple But Awesome Giveaway! By NabilaMedan



Giveaway Terbaru Daripada NabilaMedan!!
Tamat Pada 1 Julai 2013
(Tekan Banner Untuk Sertai!)



Thanks for dropping by :)

Aku rindukan Kau ♥ ♥ ♥


Tiba-tiba aku terasa rindu. Hmm, gerangan siapakah yang berada dalam lubuk fikiranku? Dia kah? Dia kah? Atau pun dia? Hmm. Rindu yang tak terkata. Dengan harapan perkara yang kita lakukan bersama dapat diulangi buat kesekian kalinya T^T Asyik dengan malam yang sepi dan berjerebu ni, aku berfikir sejenak, mungkinkah semester depan kita dapat bersama-sama pergi dan balik ke kelas macam dulu? Menyusuri jalan biawak yang panjang tu? Hmm. Rindu saat itu. Rindu nak riuh bersama, bergurau bersama, tak kira kat mana pun kita berada. Adakah kau pun fikir yang sama? Rindu yang tak ternilai macam mata wang ni hanya mampu diungkap namun sukar ditunjukkan kerana sang ego dalam diri sangatlah besar.*Feeling macho jap*

Aku rindu nak nangis bersama, gelak bersama, kongsi masalah bersama kau. Adakah kau fikirkan sebegitu? Hm. Aku rindu saat kita bercerita benda-benda yang selalu terfikir dalam fikiran, perkahwinan, anak, cita-cita. Ha Ha Ha. Kau macam mana? Aku rindu nak bergosip bersama kau. Aku rindu sangat-sangat. Alangkah kita dapat bersama macam dulu lagi :/


Aku rindu nak makan bersama, berkongsi makanan minuman bersama. Berkongsi duit bersama. Ha Ha Ha. Hm, tak lupa juga, saat-saat kita berjaga malam, bertungkus lumus menyiapkan project group bersama, tatkala ada yang geram, ada yang tertekan dengan project mereka. :) Kita? Hanya mampu bersabar je kan?? ;) Saat gelak ketawa setiap malam sebelum tidur. Ya, kau selalu membuatkan aku terhibur sebelum tidur. Love you dearsss. Kadangkala kita terasa sesama sendiri, andai itu sering membuatkanmu berkecil hati denganku, maafkanlah aku, sesungguhnya aku hanyalah manusia biasa, seperti kamu. Ya, aku rindu kau teman-teman :')




Kehadapan Roommate yang gila, yang mereng dan yang lembut hatinya, jiran bilik, kawan baik, kawan gaduh, kawan yang memahami, kawan yang ada di sisi, kawan-kawan, my babyyy and my dearest buddy, insyaAllah kalau aku dipanjangkan umur, kita jumpa semester depan. :') Tak dapat nak makan maggi bersama, minum sunquick bersama, macam dulu lagi. :) Andai jalinan yang ada ini, aku berharap agar ia tidak terputus ditengah jalan. Akan aku rindu saat diganggu waktu tidur, saat makan maggi bersama. :) What is past, we keep it as our sweet memories. But, if one of your memories hurts you a lot, then keep it deep inside, and hoping it will never happened again, insyaAllah. Be in such situations, make me to think such like a wise woman. :) InsyaAllah, matured enough one day :)

Lots of love ♥ ♥ ♥,
Shahirah Badrus.



Thanks for dropping by :)

Tutorial Blockquote yang simple untuk template designer

Hi there. Lama dah rasanya tak buat tutorial. Hm. Hamba ni bukanlah handal sangat bab-bab nak bagi tutorial. Haa, memandangkan ada kawan yang bertanya, terasa nak kongsi dekat sini pulak :) Aku try tunjukkan pakai gambar, sebab interface blog sekarang dah baru O.o Terasa noob sebab baru je godek HTML tadi .___.

1- Klik dekat template.



2- Kemudian Klik dekat Edit HTML tu.

3- Step ke-3 ni panjang sikit. Sila baca dengan teliti :)
3a) ctrl+F dekat dalam kotak HTML yang panjang tu. Jangan ctrl+F dekat luarnya pulak. Nanti korang tak jumpa coding yang nak dicari tu. Haa, cari coding /*Heading.

3b) Kemudian, apa yang korang jumpa nanti sama macam dalam gambar ni. Tengok dekat 3b. Itu adalah comment block. Hmm tak penting pun.

3c) Next step, copy coding yang aku bagi ni sama sebijik macam gambar ni tau.


.post blockquote {
background: url(URL IMAGE KORANG);
border: 2px dashed #000000;
padding: 7px;
}
blockquote:hover {
background-image:url(URL IMAGE KORANG);
border: 3px dotted #12CC7E;
background-repeat:repeat;
}




4- Okay tak? Faham? Next step, nak terangkan coding tu. blockquote:hover{ ni optional. sama ada nak letak atau tak. Fungsi dia, bila korang heret cursor korang ke blockquote tu, dia akan berubah. Hmm, macam tu lah. Kalau nak buang, buang dari blockquote:hover{ tu sampailah curly braces yang terakhir tu.

Fungsi coding mengikut warna:

Biru : adalah saiz untuk border blockquote tersebut. Boleh ubah ikut citarasa masing-masing.
Hijau : adalah corak border tersebut. Sama ada nak guna solid | dotted | dashed |
Purple : adalah warna border blockquote tersebut. Boleh cari warna kegemaran di sini http://html-color-codes.info/

Jika ada sebarang, pertanyaan, boleh ditujukan di kotak komen dibawah :D arigatouuuu~~ Babai, assalamualaikum kawan-kawan  ♥ ♥ ♥



Thanks for dropping by :)

Monday, June 24, 2013

Pertandingan Gamelan Melayu 2013

Hi there ! It's been awhile I don't spit out my thoughts here :D Rindu rasanya.


Akibat terlalu rindu dekat Ganda Melati Gamelan Crew (GMGC), terasa nak update pasal pertandingan hari tu. Termasuklah hari-hari yang best bersama mereka. :')


Pertandingan Gamelan Melayu peringkat kebangsaan ni diadakan pada 20 April sampai 22 April. Macam mana aku boleh masuk GMGC ni? panjang ceritanya. Itu bukan tujuan sebenar. Ho Ho Ho. Alhamdulillah, tu first pertandingan yang aku masuk kat UMT ni. Peringkat Kebangsaan pulak tu. Mau tak kecut perut. Sebelum naik pentas tu boleh la rilek lagi. Bila dah kat pentas, macam nak terbang dah nyawa. Ha Ha Ha. *too much I think*

Credit to : Izzaty

It's the best thing, getting to know, all of them. Friendly gile. Aku dengan kawan-kawan aku lagi dua orang, zaty dan yuny adalah junior, dan selebihnya senior kami. tip top kau Jah. Mula-mula menceburkan diri dalam GMGC ni, malu-malu kucing gitu. Zaty je yang lain sikit. Ha Ha Ha. Hyperactive like always.. Sebelum pertandingan tu, habis pulun beberapa hari sampai mantap main ketuk alat-alat gamelan tu. Yup, hardwork do pay-off. Lagu tradisional yang kitaorang main tajuk dia Lambang Sari. hmm.. Panjang lagu ni. Lenguh gak dok ketuk lama-lama. Tapi, bagi pendapat aku, aku suka lagu kreatif yang dicipta khas oleh Encik Shahrul. Tajuk dia "Mentari Lahad Datu". Lagu tu ada jalan cerita dia sendiri. Dari awal sampai akhir, dia macam kronologi kisah mengenai Lahad Datu dulu. Hmm.. Ingat tak peristiwa Lahad Datu tu?? haa~ tu la dia. He He He.. Apa-apa pun kitaorang dapat saguhati je. Saguhati pun dapat duit tauuuu :P Tak percaya?

Credit to : Izzaty

Hmm.. tengah cutilah rindu nak bergamelan dengan diaorang semua. Kaki lawak, kaki suka sakat orang. Ho Ho Ho..Yep, they make me laugh :') Tak pernah rasa stress bila datang bilik gamelan. Datang je main datang je main. Ehh.. main gamelan la, apa lagi. Suasana pun takde lah serius sampai satu bilik tu menyepi, yang hanya kedengaran bunyi alat-alat gamelan je~ It always been a happening situation.

credit to : Izzaty

Ah Fatt dan gendangnyaa.

Rindu situasi nak bergamelan. Dengan penukul yang banyaknya, padahal alatnya satu.. ekekekekeke.. Picture quiz : What actually they're doing? He He He.

credit to : Izzaty

Ni pulak situasi bila masing-masing nak menggila. Ni idea si Zaty, sapu choki-choki kat gigi. Ha Ha Ha. Tengok je lah berapa banyak dia sapu kat gigi dia tu~ Miahahahahaha :D

Credit to : Izzaty

Gambar yang kat atas ni pulak sewaktu kami diajak makan berjemaah di warung Mama Tomyam pada pukul 12am. Hmm. Lapar punya pasal, lepas gamelan, terus pergi makan. Terima kasih kepada Afiq dan Faiz kerana menghantar pergi balik kami bertiga dari hostel ke warung tersebut :') Touched.. Yang kat atas ni jugak senior tahun akhir dalam GMGC ni. (senior kos akuu jugak XD)


Yunny ngan K.eika

K.eika ni ada sikit persamaan yang kami kongsi. Benda yang kami suka dan tak suka. Hmm, takde la sikit sangat. Banyaklah jugak :P K.eika, kita geng ! *sepp*

Zaty, tuan empunya Tablet with Mr.president

credit to : Izzaty


credit to : Izzaty

Tak taulah apa yang digaduhkan oleh mumu dengan faiz tu. hmm. Makanan mungkin? Ha Ha Ha. Kidding. It's such a great moments when hanged out with them. No stress, no problems, just some laughs even though some of us may have problems outside from our crew :) See you guys in the next semester, GMGC.. InsyaAllah.. <3



Enjoy this video. Rehearsal sebelum pertandingan real. He He He.. Mentari Lahad Datu, dipersilakan... *Ada gaya macam pengerusi majlis berkaliber tak?*

Lots of ♥,
Shahirah Badrus.








Thanks for dropping by :)

Simple giveaway by Cik Yaya #3



Hi there ! Jom join simple Giveaway ni. It's a simple rule :D Klik banner untuk terjah :D



See you again people.. Assalamualaikum :D




Thanks for dropping by :)

Wednesday, June 19, 2013

The End of first year of Bachelor of Computer Science (Software Engineering)


Hi there ! Such a long time I didn't write anything in here. Such a busy day, seriously -_- Alhamdulillah dengan berakhirnya paper terakhir tadi, iaitu, PROGRAMMING II, maka bebaslah aku dari belenggu peperiksaan, yeehaa!! Such a tough questions. Binary I/O, Exception Handling, dan seangkatan dengannya. Mencabar gila soalannya. Muehehehehe. Mohon segala coding ciptaan aku tadi dapat markah sebanyak yang mampu~

Semester depan, there's more challenging things are waiting. humph. Kena ready mental dan fizikal sepenuhnya. Dengan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada aku, aku kena usaha selagi kudrat aku mampu untuk melakukannya, insyaAllah :) He He He. Aku rasa formal sangatlah cara aku cakap ni -__-" Wish me luck and all the best for upcoming result, and for the next semester,okay? :D Arigatou..

Dan Alhamdulillah jugak, Allah tolong permudahkan urusan aku. Aku ditempatkan di asrama semester depan, dan aku jugak terasa gumbira lalala sebab Allah tolong bagi peluang aku nak jadi fasilitator semester depan :) Alhamdulillah rezeki datang dari-Nya. :D Hari-hari ingat Allah macam ni kan bagus. Tenang hati jiwa dan raga :') Tak payah ingat benda-benda yang kusutkan otak, merimaskan hati, menyakitkan jiwa, dan menusuk ke kalbu.. Eceehhh XD.. 


Google Images

Jangan lupakan-Nya sedetik waktu pun. Sama-samalah kita ingat-mengingati sesama sendiri :) I'm trying to remind myself too :D Best ingat Allah setiap saat, rasa tenang, rasa molek je kalau duduk sorang-sorang senyap-senyap tu. Tapi kita ni manusia, tak lari dari sikap pelupa, alpa, lalai. Aku pun jenis macam tu jugak. Mohon ada orang tegur kita pada saat kita lalai terhadap-Nya :) InsyaAllah dengan izin-Nya. I'll try my best. Ganbatte kundasai ♥ " Habluminnallah, habluminannas " :D Assalamualaikum. babai n_n



Thanks for dropping by :)

Monday, June 10, 2013

Luahan Hati

Di saat kesunyian menerpa diri, aku duduk keseorangan sambil menghadap slide kenegaraan Malaysia, sebagai pembekal di hari esok punya paper. Entahlah, apa yang aku fikir sekarang ni, pun tak tahu -_- Esok exam lah shahirah. Don't you realize? Yeah, I know.. but my heart has fly away to homeee :/

Saat aku baru menjawab satu kertas, hati mula meronta-ronta "Nak balik nak balik :/" Haish, Usah mengeluh, tak baik, pujuk diri sendiri. Saat akhir semester ni la mula rindukan rumah, masakan mak yang menggiurkan, lagi-lagi asam pedas yang enak hingga jilat 5 jari ni hah. Si kecil Aqil juga turut dirindui. Dan saat akhir semester ni lah, duit mula kering, mula malu untuk menunjukkan diri mereka. Menyorok dari digunakan. Haishh. Apa boleh buat? Bersabar je lah yang mampu sekarang ni :) Hadapi hari-hariku dengan tabah, walaupun lebih banyak tidur dan main. -_-

Wahai diri,
Exam dah start tapi kenapakah tidk semangat seperti dulu?
Kata mahu kalahkan si dia dalam pelajaran, mahupun penglibatan di sini, tapi kenapa masih malas?
Ya, matlamat kena betul, betulkan niat belajar kerana Lillahi Ta'ala.
Matlamat kedua, Make your parents proud of you.
Seterusnya, be competitive with someone, using a clean fight.

Tunjukkan pada dia, kau pun mampu untuk berjaya.
Darjat tak menentukan masa depanmu.
Hanya diri kau dan Allah yang mampu.
Tak mengapa, satu hari bila kau dah berjaya, kau akan tahu betapa si dia menyesal kerana membeza-bezakan kita ni hah.
Allah bantu orang yang memerlukan pertolongan-Nya.
Jangan lepastu lupakan-Nya.
Ingat tu, wahai diri.!
Kau mampu merancang, tapi Allah yang Maha Kuasa menentukan.

Yeah. Kuatkanlah hati dan semangat diri :D
Andai tersungkur, bangkitlah kembali,
Andai terbelenggu di takuk yang lama,
Carilah jalan untuk bangun dan lari,
Semoga kita sama berjaya di suatu hari.
Teruskan hidupmu wahai diri dan sahabat yang jauh dari pandangan. :)
Ukhuwah Fillah.

Sincere,
Sherahhh



Thanks for dropping by :)