BLOGGER IS ON HIATUS. ANY QUESTIONS, PLEASE EMAIL AT sherahshahirah24@gmail.com or ANY OTHER LINKS THAT I'VE PROVIDED IN LINKS SECTION. MERCI, ARIGATOU GOZAIMASU, SYUKRAN, THANK YOU ☺

Members ♪

Thursday, March 21, 2013

Tahniah Kawan-kawan STPM 2012


Hi there ! Dah lama aku tinggalkan blog ni. Rindu gila nak update. Disebabkan busy plus kekurangan idea, aku pun biar je blog ni terbelengkalai begitu sahaja. tskk tskk.. Sem 2 ni,serius rasa busy gila. Nak menangis pun ada. Dalam 1 hari tu, kelas dari pagi sampai ke petang, takde gap langsung. Allah je la yang tahu betapa penatnya. Pheww~


Semalam keputusan STPM 2012 keluarkan? Tahniah kepada kawan-kawan aku yang ambil STPM tahun lepas :) Alhamdulillah, setakat ni aku dengar, result diaorang, hebat-hebat belaka. :D Tahniah kawan, aku tumpang gembira :3 HOHOHO... Bekas sekolah aku, Sultan Abu Bakar Girls School (SABGS), Alhamdulillah, dapat kedudukan pertama dalam Daerah Muar. Korang buat cikgu-cikgu bangga :D I like.. ! Kalau ada antara member aku yang masuk UMT kelak, roger-roger sikit.. Gue kangen bangat sama kalian.. ♥♥♥ Bila dapat tau result korang, memang layak mohon RU :) InsyaAllah dapat, jangan risau. hoho


Esok pulak, Khamis, 21 Mac 2013, result SPM 2012 keluar..Mesti berdebar gila kan??? Batch 95 tak silap aku kan? Kepada junior orang dulu, good luck for your result SPM esok.. :) Banyakkan berdoa, insyaAllah Allah beri yang terbaik untuk korang :) Sebelum nak pergi amek result esok, buat solat Dhuha jap, selagi ada kesempatan, buat je :) Kena ready mental dan fizikal korang sekali. Redha dengan apa yang korang akan dapat nanti. Jangan mengeluh, ingat, ada lagi yang kurang bernasib baik, dari awak semua. Syukur dengan apa yang ada tau :) Kalau takde rezeki kat SPM, boleh cuba kat universiti, matrikulasi dan STPM :) Banyak alternatif lain tau, tinggal diri kita untuk usaha :D


Okeylah, mata aku dah berat sangat. Jumpa di lain hari .. Thanks for reading this short entry guys !



Thanks for dropping by :)

Saturday, March 2, 2013

Pasukan Kompang Wiramasari SABGS, Muar

Hi there! Lama dah rasanya tak berblog.. Taip-taip kat sini :) So, hari ni, aku terasa nak promote something :D Yang akan menarik minat korang semua.. InsyaAllah.


Pasukan Kompang Wiramasari ni asal dari SMK (P) SULTAN ABU BAKAR, MUAR. Aku ex-student situ dulu. Lepas je aku habis sekolah tahun 2010, pasukan kompang ni, memang aktif sebaik je aku habis belajar kat situ. Sekarang ni Wiramasari ni diketuai oleh junior aku, Nadzirah. Dan penasihatnya Cik Rohaidah Arsat. Cikgu Geografi aku dulu :3 Oh lupa, ahli Wiramasari ni semua perempuan. Itu yang uniknya tentang mereka :D Mereka amek tempahan untuk sesiapa yang nak pasukan kompang untuk majlis-majlis seperti majlis perkahwinan, perasmian dan sebagainya. Kalau ada readers sekalian yang berminat, Private Message (PM) Syahirah Zakaria ni, tak pun PM je aku :) Mereka masih dibawah jagaan pihak sekolah, so, apa-apa tempahan kena request dekat cikgu penasihat diaorang, kalau korang PM antara kami berdua ni, kami akan bagitahulah nak kena buat apa. :) Prosedurnya tak susah pun. Apa yang aku tahu, diaorang cas RM350 siap dengan formasi. Kalau takde formasi, harga dia lainlah. Tak rugi kalau tempah.. You can feel the awesomeness of girls power :) Nak tengok video? Ada-ada... sabar jap.


Sila tengok :) HE HE HE.. Ni sewaktu diaorang perform kat sekolah. Waktu hari guru tak silap. Kalau ada sesiapa yang berminat, sila PM kami ye. :) Okeylah, That's all for today. Thanks for reading readers :D



Thanks for dropping by :)