BLOGGER IS ON HIATUS. ANY QUESTIONS, PLEASE EMAIL AT sherahshahirah24@gmail.com or ANY OTHER LINKS THAT I'VE PROVIDED IN LINKS SECTION. MERCI, ARIGATOU GOZAIMASU, SYUKRAN, THANK YOU ☺

Members ♪

Monday, July 29, 2013

Macam mana nak mohon PTPTN?


Hi there! Lama tak menaip kat sini. Ho Ho Ho. Alang-alang ada masa ni, aku nak share pasal macam mana nak mohon PTPTN. Apa yang bakal dikongsikan ni berdasarkan pengalaman aku, dan ada sikit rujukan dan sumber-sumber dari internet dan member. So, kalau kurang paham atau kurang informasi, maaf beribu kali maaf. :D Anda digalakkan bertanya. InsyaAllah selagi mampu untuk menjawab, aku jawab soalannya. :D

Okay, masa aku mohon dulu, memang payah, sebab kekurangan petunjuk atau cara-cara nak mohon PTPTN ni. Mungkin agak lambat sikit entri ni, sebab, amek masa nak ingat macammana time aku mohon PTPTN dulu. Wahaha XD

1.Buat akaun SSPN-i. Wajib (syarat-syarat PTPTN no 6)

2. Next, beli no pin PTPTN kat BSN 
  •  No. PTPTN diperlukan semasa pemohon membuat pendaftaran kali pertama bagi permohonan pembiayaan pendidikan PTPTN secara online.
  • Pemohon perlu membeli No. PTPTN yang bernilai RM5.00 di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui salah satu (1) daripada saluran berikut:
  • 1. Kaunter;
  • 2. Mesin Juruwang Automatik (ATM); atau
  • 3. Mesin Deposit Tunai (CDM); 
  • No. PTPTN hanya sah dalam tempoh 6 bulan bermula dari tarikh pembelian No. PTPTN di Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga tarikh pendaftaran permohonan online. [sumber]
3. Lepastu, pergi ke Laman Web PTPTN > Pembiayaan Pendidikan > Permohonan Pembiayaan > Permohonan Pembiayaan Pendidikan Secara Online > Sistem Permohonan Pembiayaan Online

  • Isi apa yang dia nak untuk pendaftaran kali pertama. Untuk Tarikh dengan masa tu, korang kena ambil tarikh dan masa yang ada dalam penyata korang beli nombor PTPTN tu. Ikut format yang dia suruh isi tu.
4. Kemudian isi maklumat yang diperlukan. Isi dengan jujur tau. Ho Ho Ho. *Penting isi emel yang sepatutnya, emel yang aktif. Jangan isi alamat emel yang korang dah lupa paswordnya. Sebab, nanti dia akan umumkan korang dapat ke tak melalui emel ni. Tambahan pula, borang-borang yang kena print pun dia akan emel sekali, jadi E-MAIL YANG AKTIF TU PENTING.*

Okay, segala benda kat atas ni korang boleh start mohon sebulan sebelum hari pendaftaran korang. (contoh : masuk U 2 Sept, so, start mohon 2 Ogos)
Tarikh tutup permohonan tu ikut universiti. Tambahan lagi, dia punya tarikh tutup permohonan ni ikut kelompok. Nak tahu tarikh tutup permohonan sila Klik link ni →TARIKH TUTUP

Okay, settle dah yang atas tu? Orait, kemudian korang kena tunggu la, bila PTPTN akan umumkan samada permohonan korang lulus atau tak. [klik untuk tahu bagaimana nak cek dapat ke tak] PTPTN akan email borang yang kena print. Tu sebab emel tu penting. :)

Bila dah print semua ni, korang kena beli setem HASIL 2 keping. 1 keping = RM10.
Settlekan segala borang ni, ikut apa yang pegawai PTPTN nak. Mesti lengkap tau.
Kemudian, akan ada pegawai PTPTN datang ke universiti korang untuk kutip borang-borang tersebut.
Borang akan diproses, pegawai tu akan check maklumat borang tu, untuk mengelak daripada berlakunya penipuan. Kalau lulus, tunggulah duit masuk dalam bank :)

Okay, itu sahaja. Kalau ada apa kurang jelas dan tak paham, tinggalkan komen, insyaAllah aku try jawab. Maklumat lebih, boleh klik dekat link bawah ni.


Okay, itu saja.. Babaiii. Assalamualaikumm ^_^

_________________________________________________________________________


*Sedikit penambahan.

1- Masa nak mohon tu pastikan, make sure, TAK salah tahun menduduki SPM dan seangkatan dengannya [contoh : tahun belajar di matrikulasi / Form 6]

2- Double check sebelum korang tekan HANTAR PERMOHONAN tu.

3- JIKA korang baru perasan ada salah kat mana-mana butiran (details) permohonan tu, jangan risau. Tak perlu buat permohonan kedua. Time aku dulu pegawai PTPTN suruh potong mana yang salah, dan tulis yang betul kat sebelahnya. Tapi, tak semua details yang boleh pakai kaedah potong-potong ni tak silap. Maaflah kalau perkongsian aku ni sedikit hambar. :(

4- Kalau nak betul-betul confirm, telefon pihak PTPTN. :D

Mostly, ramai salah isi dekat tahun ambil SPM, kan? All the best.


_______________________________________________________________________

*Another Addition

No Hotline PTPTN : 03 2080 4455

Klik sini untuk nombor telefon mengikut cawangan negeri :D

http://www.ptptn.gov.my/web/guest/cawangan

________________________________________________________________________

*Mengenai SSPN-i

Soalan latest yang aku dapat:

  • macam mana nak buat akaun SSPN-i?
  • Sama je ke SSPN dengan SSPN-i? 
  • Kenapa kena ada akaun SSPN-i?
Okay, sekarang aku jawab soalan ketiga dulu. Memang wajib kena ada. Sebab dia dah jadi syarat untuk permohonan PTPTN :)

Soalan kedua, sama je dua-dua tu :D

Soalan yang pertama pulak, boleh rujuk link ni, SSPN-i klik sini.
Dalam link tu dia ada terangkan macam mana nak buka akaun SSPN-i ni.



________________________________________________________________________

*Extraa


well, ada tambahan lagi. makin banyak pulak tambahan :D takpeee.. kita share sama sama
Ada readers yang baca and tanya pendapat aku. First soalan dia, dia salah isi no matrik dan tahun SPM dia pun salah. Second : Kena buat permohonan kedua ke?

So here's the answer : Untuk SPM tu, korang boleh guna kaedah potong potong tu. Dan no matrik tersalah tu takpe, kira buat je la benda sama potong potong. Terima kasih pada reader yang sudi berkongsi pendapat mengenai no matrik tu. Dia siap pergi pejabat PTPTN lagi dan siap bagitau aku. I'm appreciate it sooo much :D So tak perlu permohonan kedua..


thank youuu...

(Segala perkongsian mengenai PTPTN adalah dari pengalaman sendiri. Apa apa terkurang tertambah harap maaf dari semua pembaca. Untuk kepastian yang 100%, boleh tanya pihak PTPTN. Amat digalakkan)

_______________________________________________________________________

*Psstt..

Maaf sangat kepada korang yang tanya di ruang comment, maaf sebab tak menjawab sesetengah soalan. Keadaan sekarang tidak mengizinkan. Saya hanya mampu balas bila ada masa terluang. Sekali lagi, terima kasih sangat sangat sangat singgah sini T-T #terharuu



Thanks for dropping by :)

174 comments :

  1. salam,saye nak tnye.sye dah wat pengesahan ptptn,dan saye baru perasan sye tersalah isi keputusan diploma.tau x mcm mne nak buat,risau sgt ni.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. awak salah isi result dip eh? maaf kalau ada yg kurang jelas. saya dah tanye member yang lain. just potong je yg salah dan tulis yang betul kat sebelahnya. tapi nanti awak bile masa orientasi, akan ada pegawai ptptn datang dan bagi taklimat. awak try tanya juga ye. Nak confirm lagi, telefon pihak ptptn. Saya takut saya sampaikan benda yang salah. Maaf jika ada kekhilafan :)

      Delete
    2. Kalau baru bukak akaun sspn,tpi kad sspn belum dapat...bleh isi atau tunggu dapat kad sspn dlu??

      Delete
    3. Isi je dulu. Sebab dlm borang PTPTN tu, dia mintak no akaun SSPN ja. :D Saya pun tak dapat kad masa mengisi dulu. Hoho

      Delete
  2. salam...msa isi klykn pnddkn 2 sy xisi kptsn mtrik sbabnya sya xprsan...xtau nk wt apa sma ada nk tggu ptptn llus atau x or kna mhon lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurm, saya rasa better awak telefon pihak ptptn. kalo tak nak telefon, awk tunggulah time orientasi nanti. Selalunya akan ada pegawai ptptn dtg untuk slot penerangan mengenai ptptn. :) nanti awk amek peluang tanya pegawai tu.

      Delete
  3. assalamualaikum..sya nk tnya kalau ada yg xisi mcm kptsn exm yg lain2 kna buat permhonan yg bru atau tggu kptsn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. saya rasa better telefon pihak ptptn. kalo x nak telefon, awk tunggu time orientasi nanti. Biasanya akan ada pegawai ptptn dtg untuk slot penerangan mengenai ptptn. :) nanti awk amek peluang tanya pegawai tu.

      Delete
  4. baru trperasan thn spm dah trsalah letak...huhu..bley ke potong je nnt kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. dulu masa org potong je. awak tunggu dah masuk u nanti. ada pegawai akan explain. hohoho :D

      Delete
    2. time kasih yer sbb bntu sy...hmm lg satu,u saya die tak bg lg no. matrik...so,saya tak letak la no. matrik wkt isi ptptn nie...xpe kan??

      Delete
  5. salam ...errr yg no akaun mengikut ipta tu...no akaun kite sendiri ke no akaun ipta yg kte nak masuk nie?? kalau dah salah isi boleh betolkan balik x? ke kne wat permohonan kedua? >.<'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam
      no akaun mengikut ipta tu no akaun yg awak akan guna kat ipta nanti. contoh kalau awk study kat UMT, dia kena buat akaun CIMB, kalau awk study kat UiTM, kena buat akaun Bank Islam. So, no akaun tu la yg kena isi.

      kalau awak salah isi no akaun ni, awk kena berurusan dengan PTPTN. sbb duit tu nak masuk dalam no akaun yang awak bagi tu. Kalau nak buat permohonan kedua pun, awak kena batalkan permohonan pertama tu. So, kalau awak tersalah isi no akaun ni, awak kena call pihak PTPTN. :)

      Delete
    2. knpa mse daftar,dy kta maklumat tidak sah...tarikh n mse ikut dlm penyata tu la

      Delete
    3. awak masukkan nombor je tau. kena tengok betul2.. ke memang buat banyak kali problem jugak?

      Delete
  6. Baru tersedar salah isi tahun spm. Gelabah terus kite. Nasib baca blog akak. Relieve sikit heheehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) relax.. hoho. mekaseh sudi singgah ^_^

      Delete
  7. Very useful ya...thx and nk tanya itu whats the main use of buka sspn account bagi ptptn.. Untuk dapat no account sspn saja kan? Kad akan bagi kan? Bila akan dapat normally?? Satu minggu atau....???

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup,, saya bukak sspn utk dpt no account tu je la. kalau kad tu normally dia post ke rumah. tapi saya sampai sekarang tidak dapat kad tu .. maaf kalau ada kekurangan

      Delete
  8. salam, sya nx tnya skit ni sya msuk uitm 16/11 ni ip bru nx mhon ptptn..
    x pa ka mcm tu ?? sya pening kpala skrg ni n risau tkut permohonan tu x brjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. ohh.. nak mohon ptptn kena mengikut kelompok. kalau mcm awak ni, kena sentiasa alert la, utk kelompok seterusnya bila dia akan buka. tapi kalo nak mohon awal, mybe kena berurusan kat pejabat ptptn. :)

      Delete
  9. Salam,nk tnye,sy isi online ptptn tpi waktu hantar saya terlupa isi jumlah tnggungan.Jadi memng dekat situ tanggungan bilangan 0 tpi sebenrnya bnyak lg tnggungan ayah sy sebb sy ank sulung..Mcm mane ye?risau sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. maaf ye. saya kurang sure kalau terlupa bilangan tanggungan ni. awak try telefon cawangan ptptn awk :)

      Delete
  10. Salam kak. Nak taye. Nak buka akaun sspn dekat mana erk ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukak kat maybank or bank islam tak silap. tapi orang bukak kat maybank dulu :)

      Delete
  11. klau lupa password nak kna mohon yg bru ka??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Password kalau lupa boleh reset balik. :)

      Delete
  12. mmg kene ade offer letter tu dulu ke nak isi on9
    hanya time orientasi je ke segala dokumen tu kene kasi kat pegawai ptptn

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak isi online dia ikut kelompok. contoh macam masuk belajar nanti akan ada kelompok 1 yang ramai2 mohon tu. dia takde offer letter... lepas dah isi online nanti, akan ada step lain. Pegawai ptptn akan dtg dan cek surat akur janji dan kesahihan borang yang kita daftar online yg sebelum tu :)

      Maaf kalau ada yang awak kurang paham ye

      Delete
  13. 1.kite boleh dapat tahu keputusan either dapat or tak PTPTN selalunya berapa hari ek selepas tarikh permohonan?
    2.saya mohon PTPTN ni untuk time nak buat degree ni tapi just letak result spm je dekat bahagian akademik tu.ad jejas apa2 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Tawaran pembiayaan pendidikan tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh PTPTN dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
      Kelulusan tempoh pembiayaan akan ditentukan mengikut semester semasa permohonan lengkap diterima oleh PTPTN.
      Tawaran pembiayaan hanya sah dalam tempoh 90 hari dari tarikh kelulusan.
      Penerima biaya perlu menghantar dokumen perjanjian yang lengkap dan dilekatkan dengan setem hasil, bersama dokumen sokongan lain.
      Penerima biaya yang ingin menolak tawaran pembiayaan, perlu menghantar Borang Pembatalan Perjanjian dan Penolakan Pembiayaan Pendidikan PTPTN yang terdapat di Portal Rasmi PTPTN.
      Tawaran pembiayaan akan dibatalkan atau ditarik balik sekiranya didapati berlaku kesilapan tawaran atau pemalsuan maklumat.
      cp (rujuk link ni sekali ye) : PTPTN

      2. Tak terjejas pun :)

      Delete
  14. Assalamualaikum. tumpang tanya, bahagian nak isi butiran kelayakan tu kan, saya nak isi utk foundation tu tp confused sikit.
    sbb saya foundation sesi 2012/2013. so kiranya,saya patut pilih tahun peperiksaan as 2013 & tulis cgpa utk semester yg terakhir saya ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. sepatutnya ada pointer pukal, yang totalkan dua2 semester. ada kan? so letak yang tu je. letak tahun awak mula belajar foundation :)

      Delete
  15. salam, nak tanya.ok kalu dlm jadual tentatif permohonan ptptn scr online tuy maksudny kite kena mohon sblom tarikh tu then,tunggu pihak ptptn emel ke kite borg2 yg nak kena print then baru la kite antar borg2 prjanjian2 tu bile org ptptn dtg kt u,mcm tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lah tu :)

      Harap ada sedikit membantu, TQ :)

      Delete
  16. Salam.sis,tumpang tnye no ptptn tu kt mne ye.yg masa mula2 nk isi pendaftaran kali pertma.die bwh kotak tarikh dn masa.dkt slip bank islam tu kt mne ye nom die.dh try byk kali tp maklumt tk sah.tkle register.hurmmm.hope sis reply ye :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum tu, org tak pnh pulak beli no ptptn pakai cimb, tp try je cari dulu. tarikh dan masa tu adik letak tarikh yg ade dlm slip bank tu. saya rasa semua bank punya slip akan ade tarikh dan masa.

      harap dapat membantu. maaf lmbt tau

      Delete
  17. Salam . Kak , tumpg tanye . Sy ney nk start blaja 1.6 ney . So blew sy bleyh start mohon ptptn ? Bile dah msuk blaja atau sblum msuk blaja ?kalau mhon nnti srart blaja xpe kew ?

    ReplyDelete
  18. salam kak nk tanya saya dapat tawaran ke diploma. adakah saya kena mohon ptptn buat kali pertama dahulu atau masa orentasi nanti baru pihak ptptn datang bantu uruskan? kiranya kat sana nanti baru start mohon. tolong kak saya tak faham :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam dik.

      Macam ni, PTPTN akan keluarkan jadual berkelompok utk setiap Uni. Nak check jadual ni kena refer laman web rasmi PTPTN. Dia akan ada 3 kelompok untuk satu Uni. Adik try tgk dulu bila waktu permohonan akan dibuka untuk Uni adik tu :) Maaf kalau ada kekurangan :)

      Delete
  19. Kak nk tnye.. Klu sye salah isi no akaun mcm mne ye?..

    ReplyDelete
  20. kak, nk tnya ni...sy bingung skg ni xtau nk wt cm mne..sy nk wt pmohonan ptptn tu..tp rpanye kna ada akaun sspn cm akak ckp tu..sy xde..ada org kata nk buka akaun tu nk tggu 2mggu cm tu..tp xsempat pulak..coz 10mei ni tarikh ttup pmohonan ptptn dh kak..cm ne ni kak...cm ne sy nk mhon?tlong sy kak...:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat je dulu akaun sspn tu. then tak silap akan ada trus no akaun sspn tu. waktu nak mohon tu, ada tempat dia mintak no akaun sspn tu. saya rasa dia nk no akaun je...

      Delete
  21. Salam..kak blh tlong sy x...sy x beli lg no ptptn n sy nk kene dafta 1/6 ni...so akak rse blh mohon lg x or sempat lg...

    ReplyDelete
  22. Salam..kak minta bantuan..sy kene dafta u 1/6 ni tp sy x beli lg no ptptn tu ssb bru blik dr plkn..so klu sy beli no tu esk msih smpat lg x utk dafta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. sorry for the late late reply. permohonan ptptn ni ade kelompok2 dia. kalau kelompok 1 awak terlepas, awak boleh try mohon utk kelompok ke 2

      Delete
    2. Salam sis. Nak tanya kelompok kedua selalunya lambat berapa lama dari kelompok 1 ?

      Delete
    3. waalaikumsalam

      tarikh kelompok 2 telah ditetapkn oleh ptptn. jadi saya tak sure utk tarikhnya. kena rujuk website ptptn dlu

      Delete
  23. Salam sis. Saya nak tanya, masa nak isi online ptptn kan, ada suruh isi no matrik. Saya taktau and saya ingat kena isi. So saya pi isi nombor matrik tu. Huhuhu. Saya risau lah. Macam mana ni sis? Mohon sis beri pencerahan ye :) terima kasih sis.

    ReplyDelete
  24. Salam sis. Saya nak tanya, masa isi online ptptn kan ada nombor matrik. Saya taktau and saya ingat kena isi. So saya pi isi nombor matrik tu. Saya silap isi sbb saya taktau. Ada apa apa effect ka kalau salah isi nombor matrik tu? Huhuhu. Saya risau lah sis. Mohom sis beri pencerahan ye. Terima kasih sis :)

    ReplyDelete
  25. Salam Kak nak tanye kalau alamat emel salah boleh kr tukar yg Baru?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam tu saya tak pasti sangat. maaf kerana jawapan tak membantu. tapi sebolehnya letak emel yg awak guna sekarang. try modify emel yg awak letak tu. blh ubah dak

      Delete
  26. salam... sya bru sedar permhonan ptptn perlu dibuat sebuln sblum hr pndaftrn... syamsh belum buat permohonn ptptn.. adakah msih sempt utk mmbuat permhonn ptptn? sebb hr pndftrn sya 23/6/2014 ... sya takut tidk smpt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Sempat je. tapi kalau tak sempat untuk kelompok pertama, ada kelompok permohonan yang kedua

      Delete
  27. Assalammualaikum... Kalau saye tukar alamat email yg saye dh isikan mase buat permohonan ptptn akan terjejas ape2 x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. tak terjejas. sebab emel memang penting sangat dlm apa2 permohonan

      Delete
  28. Salam. Nak tanya yang bahagian butiran khursus tu no matrik tu ape ek ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. Kosongkan bahagian tu. tu no matrik akan datang

      Delete
  29. Kak . Kita nak tulis apa dalam tempat kosong Masa tu. Yang bawah kad pengenalan masa pendaftaran kali pertama tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulis masa yang disertakan dlm resit no pin ptptn tu.

      Delete
  30. Assalamualaikum... nk tny, sbb ada x fhm sikit, kiranya nnt brg yg kita print tu, kita akn hntr dkt uni ke? Konfius sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Ha ah. betul lah tu fahaman awak :)

      Delete
    2. Assalamualaikum... Saya nak tanya.. Baru-baru ni saya isi permohonan PTPTN online untuk ijazah. Semuanya okay tapi pada bahagian akademik tu saya cuma letak result SPM je, terlupa nak letak result Asasi.. Permohonan saya tu terjejas ke tak eh? Harap sangat sis reply asap.. thanks so much..

      Delete
    3. Waalaikumsalam.

      Tak silap saya, ada 3 kali percubaan kan untuk permohonan tu? boleh edit balik saya rasa.. maaflah, dah lama tinggalkan alam tu.. takpe saya try cari dulu betul ke tak yg saya bagitau ni.. I'll inform u later :)

      Delete
  31. Nak cetak dokumen tawaran tu kat mane ? Boleh bagi link die tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia akan send dokumen contoh macam surat perjanjian semua tu melalui email. untuk borang permohonan pulak, dia akan dicetak sebaik sahaja awak habis isi borang permohonan secara online.

      Delete
  32. assalamualaikum sis. sy nk tnye ni. adekah borang PTPTN ni perlu isi bila dah dpt surat tawaran belajar ? kalau x dpt lg tp nk mohon x boleh eh ? lg 1 sis. sy x beberape fhm ttg kelompok2 yg sis ckp. can u explain further ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Ha a. kena tahu dapat tawaran kat mana baru boleh mohon, sebabnya dalam tu ada minta maklumat uni :)

      Hanya pemohon yang telah mendapat tawaran kemasukan ke IPT boleh memohon pembiayaan pendidikan PTPTN. ( Laman Web Rasmi PTPTN )

      yang pasal kelompok pulak. Setiap universiti ada tarikh2 kelompok dia untuk tarikh tutup permohonan. Contoh macam dpt Universiti A ni. Awak terlepas tarikh untuk kelompok 1, awak blh hantar lagi permohonan tu, tapi dah masuk dalam kelompok kedua. Faham x? maaf kalo ayat terabur sket. hehehe. :)

      Pape, tnye je, insyaAllah org jawab :)

      Delete
  33. Salam akak. Nak tanya, saya dah bkk akaun sspn thun lepas tapi saya tak mohon ptptn lagi. Tahun ni bru nak mohon. Saya kena bkk akaun sspn baru ke? Atau guna yg lama je? So kira saya cuma perlu beli num pin bsn then daftar online je la kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. tak perlu bukak akaun baru :) guna je yang lama. ha a, trus beli no pin bsn dan daftar ptptn online :D

      Delete
  34. Slm kak..sy nk tnya..sy daftar usm 1/9 nim..lpastu sy nk isi ptptn..rasanya tarikh tutup 30 nie kelompok pertama..sempat lg k kak die nk luluskn..ke canner?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.

      buat permohonan online dulu, dik. pas sttle permohonan online kira sttle la ptptn adik

      Delete
    2. tambahan*

      Mula2 just mohon ptptn secara online. Isi borang online dia tu. apa dia nak semua tu. Isi dengan teliti tau. jangan salah2. lepas dah betul semua butiran yg dia nak, baru adik tekan butang sah hantar tu...

      settle kerja pertama utk ptptn. :)

      bahagian kelulusan tu, akan diberitahu kemudiannya. tak ingt berapa lama jangka masa dia. Tak yg pasti, dia akan emel adik yang permohonan adik lulus :)

      Delete
  35. Pastu kan akak..kalo x sempat kelompok pertama..nk mohon balik kelompok kedua tu kene bli balik ke no pin ptptn..or just die proses sendiri bg permohonan kelomook kedua?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak silap dia ada expired date dia. awk still boleh je lagi mohon dalam kelompok pertama ni :)

      Delete
  36. Hai,nak tanya..saya daftar 1 sept nnty,tp tarikh proses dia sampai 30 ogos untk sem 1..untk sem 2,sampai 30 sept..so,saya nak buat mcm mna ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. proses permohonan ke? saya cadangkan, awak mohon je untuk sem 1, sebab nak gunakan duitnya? :) tak ambil banyak masa pun. awak just isi permohonan online. dan kemudian tunggu approval untuk permohonan awak. still got time before 30th August :D

      Delete
    2. Owhhh...thanks..sangat membantu

      Delete
  37. thanks for this post. :) its really help others. jazakallahukhoironkathir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome :) alhamdulillah dapat tolong...

      Delete
  38. salam akak .... sy dh isi dn hntar borg pmohonan ptptn tuu...2 hari slps tu, sy tgk balik apa yg dh print, baru perasan sy tersilap isi no.matrik, xckup 1 no. then spm pulak sy isi thn 2014 ...dh la xboleh kmskini balik ...hmm,mcm mna yer ? kna bli no.pin baru, mohon kli kdua ke....mohon pencerahan...tma kasihhh !! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam :D

      Untuk tarikh spm tu boleh potong je pakai pembaris dan kemudian btolkan kt tepi2 dia tu. kalau utk no matrik saya tak sure. better call pihak ptptn :) utk buat potong2 tu, awk buat time pnyerahan borang ni kt pegawai ptptn. sbb saya takut dia guna method lain pulak tahun ni.. :)

      Delete
  39. Assalamualaikum sis. Nak tanya. Setem hasil tu perlu dimatikan ke x ? Or just beli setem je ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      setem hasil tu kena matikan dekat borang aku janji sebaik sahaja permohonan awk dh diluluskan. Beli je dlu pon boleh, beli nanti pon boleh :)

      Borang aku janji tu akan di send dalam emel seperti yang saya nyatakan kat atas :)

      Delete
  40. akak, psl no.matrik tu, td sy dh pegi pjbt ptptn, tnya . dy ckp, okayy jaa, xpyh bli no.pin baru...as long as nma,no.ic, kos n gaji dh btul . hihi . terima kasihh akak ! this blog do helps a lot ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe (Y) mekaseh dik! nanti orang update info yang adik bagi ni dlm entri ni :D good luck dan tahniah! :D

      Delete
    2. hihihi, makasehh akak ! :D okayy jaa . happy dpt share info each other ^^

      Delete
  41. salam, sy nk tanya... emm akaun sspn-i tu akn aktif selalu ke selepas m'bukanya??? atau mngambil masa 2 hari utk aktif.. sya confuse ckit psal ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      aktif selalu tu maksudnya cmne ye? aktif laluh atau always active? hahaha. maaf bertanya. Kalau aktif laluh saya kurang pasti. maybe ambil masa kot. ikut agensi bank yg uruskan sspn ni. kalau always active yg awak maksudkan, ha ah. Tapi saya ada sspn tu pun sbb ptptn ni :) duit dalamnya bukan ada pn. Hehehe.

      Delete
  42. klau tersilap isi nama ayah tu macam mana ehh ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. [as long as nma,no.ic, kos n gaji dh btul]

      ni saya amek apa yang reader share dengan saya. dia punya situasi salah no matrik, dan bila bertanya di pejabat PTPTN, tak mengapa kalau no matrik yg salah, as long as nma,no.ic, kos n gaji dh btul :)

      Saya rasa, prefer awak call pihak PTPTN untuk confirmation. Maaf jika kurang membantu

      Delete
    2. Kak, yg [As long as nama, no. ic, kos n gaji dah betul] tu merujuk pada pemohon saja atau ibubapa n penjaga? sbb saya salah isi no ic ayah..boleh ke potong2 je?

      Delete
    3. merujuk pada diri kita kot. try call pihak ptptn. sebab kalo bab ic semua ni saya tak jamin. Maaf kerana kurang membantuu

      Delete
  43. Salam kak. Sy nk tny ptptn ni kita mohon sebelum msuk u ke atau masa kita dah msuk u , pihak u akan buat program untk ptptn ni ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Kalau kita mohon sebelum masuk u, awal lah proses nk luluskn permohonan adik tu. kalau mohon lepas masuk u, lambat lah prosesnya. lagipun, kalau mohon lepas dah masuk u, kiranya awak dah masuk kelompok ke-2. Macam di U saya, setiap kali orientasi, akn ada satu slot utk PTPTN, dimana pegawai PTPTN sendiri yg akan memberikan taklimat.

      Delete
  44. Salam. Kalau kita isi sebelum masuk U takpe k?? ke boleh je isi slepas masuk U??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Kalau kita mohon sebelum masuk u, awal lah proses nk luluskn permohonan tu. kalau mohon lepas masuk u, lambat lah prosesnya. lagipun, kalau mohon lepas dah masuk u, kiranya awak dah masuk kelompok ke-2.

      prefer isi sebelum masuk U :)

      Delete
  45. slm..saya nk tnya..yg setem hasil tu memang rm20 eh?ke ikut universiti masing2?tenkiu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.

      Setem hasil yg berharga RM10. Beli dua, so RM 20.. semua universiti guna RM 10 dua keping :)

      Delete
  46. Assalam kak..nk tnya skit..permohonan ni lps dh siap isi kena print ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. borang permohonan tu lepas je awak dh siap isi, dia akan suh print. download pastu print la :)

      Delete
  47. Slm..kak..sy x isi yg gaji ayah saya..sbb die kate (berdasrkn slip gaji)..so sy x isi lah..sbb ayah saya pesara..sy da submit..kene bli no pin baru k?

    ReplyDelete
  48. Salam kak nak tanya macam mana nak berhubung dengan akak sebab banyak inquiry ingin diajukan...

    ReplyDelete
  49. Akak,saya dah isi borang online,tapi lepas isi,dia takde suruh saya cetak borang permohonan pon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke? ada tengok tak sblh kiri dia? ni dah tekan sah & hantar ke?

      Delete
  50. Dah tengok akak.haaa.dah sah dngan hantar dah pon.dia kata tengah proses

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde ye? sbb nti borang ni nk guna kalau dh lulus. x pasti kalo skang cara dia dah lain ke x. guna browser ape ye?

      Delete
  51. salam kak. saye dah sah n hantar permohonan ptptn tu. lepas tu masa nk print ternampak dekat bahagian butiran bapa, status pekerjaan : bekerja sendiri. Tapi ayah sye kakitangan kerajaan. lepas tu tgk dekat bhgian butiran penjaga, jenis pekerjaan bapa betul saye letak kakitangan kerajaan. soalan saye, bagi pengalaman akak la kan, kesalahan tu mempengaruhi tak proses ptptn saye nanti. thank you. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam

      dah tak boleh edit balik kn? saya rasa, takde masalah kot. maybe blh explain pd pegawai ptptn time penyerahan borang. kalau nk confirmation yg sah jugak, try call pihak ptptn

      Delete
  52. Salam Kak , blog akak sangat2 membantu :) Sebelum ni saya tak berapa faham nk isi permohonan ptptn ni mcm mana . nasib baik nampak blog akak . tapi kan Kak , saya baru jeh sekarang sahkan permohonan saya . sebab tarikh tutup permohonan 30 ogos ni . saya akan daftar uni 2 sept ni . rasanya takkan effect apa2 kan Kak ? Sebab saya risau permohonan saya ni lambat diproses oleh pihak ptptn ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam

      takde effect pape pun dik. jgn risau. sebab ptptn akn proses semua permohonan sebaik sahaja smpai tarikh tutup permohonan. :) Mekaseh sudi singgah btw :D

      Delete
  53. salam sis.sy nk tnya,sekiranya sy trsilap tahun lahir sy slpas hntr prmohonan online ini mcm mn ye??harap sis dpt bntu

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. saya rasa tiada masalah. boleh guna kaedah potong2 yang saya ada mention di dalam entri ini. tapi awak lakukn dihadapan pegawai dia nti ya :)

      Delete
  54. assalamualaikum. boleh memohon ptptn lagi ke walaupun selepas tarikh proses pemohonan kali pertama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. boleh je. tapi awak masuk dalam kelompok kedua. n dapat duitnya lewat sikit.

      Delete
  55. assalamualaikum, akak saya dah terlepas untuk dftr kelompok pertama dan saya masuk U 7/9 ni, saya buat permohonan utk kelompok kedua tapi perlu ke saya bawa dokumen diperlukan semasa masuk U dan serahkn kpd pgw ptptn bersama rakan dlm kelompok 1?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.

      kalau awak dh mohon dalam kelompok kedua, ptptn mungkin akn meluluskan permohonan awak lambat sikit. segala dokumen yg dia nk awk prepare je dlu. utk penyerahan document bg kelompok kedua, pihak U masing2 mungkin akan umum kn :)

      Delete
  56. Assalamualaikum..sy nak tanya akaun sspni tu boleh ke buat dekat bank mana2..sbb sy pelajar uitm tp tersalah buat dekat maybank..boleh ke sy guna je akaun sspni kat maybank tu or sy kne buat yang baru?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.. akaun sspn-i tu boleh je buat kt mana2 bank :) tak perlu buat yg baru :D

      Delete
  57. Assalam.. tak apa ka kalau tersalah isi no matrik dekat ruangan maklumat kursus? sbb trmasukkan no matriks matrikulasi dulu.. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam, tak apa.. nanti adik just potong je n tulis no matrik uni. sebab time akak dlu, no matrik tak keluar lagi time mohon ptptn :)

      Delete
  58. Mcmmna dgn no matrik?

    ReplyDelete
  59. sis,sye nak tye lagi nak lakukan kaedah pototng2 ni ble pgawai tu pggil nme kita or kita dtg je jumpa die nnti ckp psl msalah kita? lagi satu,bile akan disahkan kita layak pinjam ptptn tu? selepas pgawai ptptn dtg universiti kita k ?

    ReplyDelete
  60. baru saya faham cara nak pinjam ptptn terima kasih dengan artikel ini

    ReplyDelete
  61. Pinjaman ni hanya untuk pelajar u je ke? Mcm bru lepas spm nk msuk kolej bole ke buat pinjaman ptptn ni? Saya kurang faham tentang ptptn ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk semua pelajar yang nak apply diploma, degree. tak kisah nak masuk uni or kolej :)

      Delete
    2. Akak sy nk tanya... sy tsilap isi tarikh mula pngjian so sy kena beli no.pin n daftr smula ke???

      Delete
  62. Sis thanks pasal ptptn nie. Really helpfull : )

    ReplyDelete
  63. salam..nak tanya...adik saya baru nak mohon tapi dah nak masuk sem 2..sebab masa sem 1 dulu ada bantuan daripada yayasan negeri..tapi sekali tu je..ingatkan bantuan tu sampai habis study..saya x da pengalamn coz b4 ni under SPA..so tak da mohon ptptn..buntu dah sekarang..boleh ke mohon??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. still boleh mohon. tiada masalah untuk mohon :D

      Delete
    2. Saya sedang belajar di semester kedua dan ingin memohon pembiayaan pendidikan PTPTN. Bolehkah saya mendapat pembiayaan bermula semester pertama?
      Jawapan :
      Tidak Boleh. Tempoh pembiayaan pendidikan diluluskan adalah berdasarkan semester semasa permohonan dibuat. Sekiranya anda memohon pada semester kedua,pembiayaan pendidikan akan diluluskan mulai semester kedua hingga tamat tempoh pengajian lazim anda. (info : PTPTN)

      Delete
  64. Akak saya nak tanya . Lepas kita isi ptptn tu kene tunggu berapa lama untuk proses dia . Sebb sya daftar 14ni hm

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf dik. akak tak ingat sangat. tapi time akak dulu, dalam seminggu dah kt UMT, waktu tu la dapat tau. Dia akan emel adik samada berjaya atau tak :)

      Delete
  65. Salam kak, terima kasih sebab sudi kongsi maklumat berfaedah seperti ni. Kak, saya dah dpt offer letter pd 18/6/2015 dan tarikh saya masuk uni ialah pd 17/8/2015. Jadi, saya tak boleh apply sekarang ke? Terima kasih kak atas bantuan akak... :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je, sekiranya permohonan PTPTN masih lagi dibuka :)

      Delete
  66. Assalamualaikum kak,saya nak tanya,saya dah dapat emel yang dokumen saya dah diterima,berapa tempoh masa duit dikreditkan dari tarikh notis ni keluar?lama tak?

    Thanks akak comeyyy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. maaaff dikk. kurang ingat hahaha. lama dah tinggal zaman first year. tapi seingat akak, takde la lama mana. based on pengurusan :)

      Delete
  67. Assalamualaikum..saya nak tnya saya tsalah isi tmpoh pngajian jadi jumlah pinjaman pun lain..mungkin kena batalkan permohonan pertama...macamane nk btalkan permohonan pertama ye?perlu isi borang pembatalan ke? Terima kasih

    ReplyDelete
  68. assalam sis .nk tnye .sy dh bt akaun sspn-i 2 thun lpas .tp lpas tu sy xsambung blajar kt uni .sbb sy trime twaran matrikulasi .skrg ni sy nk smbung degree .so saya kna bt akaun sspn-i yg baru ke pkai yg lame je ? no pin ptptn tu kna beli bru laa mknenye eah ? sory .byk plak tnye .huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.

      1) bolehh je guna no akaun sspn-i yg lama tu.
      2) no ptptn tu kena beli yang baru la untuk mohon tahun ni :)

      selamat menempuh alam degree :D

      Delete
  69. Salam , macam mana nak buka akaun sspn-i?kita kena buka web ptptn tu dan muat turun borang membuka akaun sspn tu dan print bawa ke ejen ptptn ke? Atau pg je ke bank dan cakap kat kaunter bank ,nak buat akaun sspn-i ????

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.

      pergi bank and then cakap nak buat akaun sspn-i. bank yg available seingat saya maybank and bsn. rasanya ada lg bank lain :)

      Delete
  70. Salam kak.. sy dh isi scra online n status dlm mnunggu.. . Borang pt mne stu kena print out ni kakutk pngesahan utk dberi oleh pihak ptptn bla depa smpai d universiti nnti #konpiuss

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam..

      lepas habis isi semua tu kan, ada tak macam preview segala maklumat yg awak isi? yang tu la kena print out :) tapi nanti, bila dah dapat emel dr ptptn, ada banyak lg awak kena print out utk dibawa time pihak ptptn sampai uni :)

      Delete
  71. salam sis. saya dah isi borang ptptn tapi tersalah isi no ic ayah saya. so saya nak kne potong yang salah tu sendri atau kne buat depan pegawai ptptn masa kat u nanti? kena potong dan sain kat tepi tu kan...

    ReplyDelete
  72. Nak tanya, kita boleh bukak dua akaun sspn ke tak? Contoh; saya dah pernah buat akaun dulu tapi tak pernah guna dan tak ingat wujud lagi ke tak akaun tu. So kalau saya nak buat akaun baru agak-agak boleh ke tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. awak still ada lagi tak no akaun tu? kalau ada, better cek samada akaun tu wujud lagi ke tak. untuk nak cek still ada ke tak, maaf saya kekurangan maklumat mengenainya... jadi solusinya, kena cek dahulu samada akaun tersebut still aktif ke tak

      Delete
  73. tak berapa paham la tarikh tutup permohonan ptptn..agak2 bila keluar bila tgok kt website ptptn tulis (Trikh Proses Permohonan Kali Pertama) : 30 Ogos ( Tarikh Proses Permohonan Kali Kedua): 30 september ... so xpaham laaa.. bila nak tau yg permohonan pt kita berjaya?...sesiapa boleh tolong jawabkannn soalan niee hehehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai davina. tarikh yang awak tengok tu, tarikh permohonan. seperti yang saya ada mention, permohonan ptptn ni ada banyak kelompok. Jika awak mohon sebelum 30 ogos tu, maknanya awak berada dalam kelompok pertama. untuk tau samada kita berjaya ke tak, akan diumumkan dari semasa ke semasa by universiti adik :)

      Delete
  74. Salam akak ,saya nk tanya saya da buat kad sspni tp belum mohon ptptn .saya kena tunggu dapt kad ke baru mohon ptptn?,saya masuk u 28 october ni.sempat lagi ke kalo saya nak mohon skarang untuk masuk ke kelompok pertama nanti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam. boleh je nak mohon dulu, tak perlu tunggu kad sspn-i sampai, sebab dalam permohonan hanya memerlukan nombor akaun sspn-i. kena tengok gak tarikh tutup permohonan kelompok pertama bila.

      Delete
  75. Salam,selalunya berapa lama prosses utuk kad sspni ni akan sampai ke alamat kita ??da sebulan lebih tunggu masih belum sampai kad sspni tu

    ReplyDelete
  76. Sis saya nak start blajr buln 1/1/16 ni, saya dah pon dishkn masuk, tpi diorg nak yuran pndahlua 1200, mcm mne sye nk buat akak, ? Sebb sye nak bli barng keprluan lag, then mak ayah pndaptn, bwh 3000

    ReplyDelete
    Replies
    1. PTPTN akan masuk selepas je awak dah start belajar. tapi masa apply belajar tu, dia ada tanyakan nak Wang Pinjaman Pendahuluan or tak? selalunya, WPP ni akan dapat sebelum awak masuk belajar.

      Delete
  77. Akak nak tnya ni . Saya dah pernah mohon sekali ptptn ni . Masa tu saya dapat tawaran utk pra diploma . Tapi ptptn tak dapat . Jadi sy akan masuk diploma soon , so sy kene mohon sekali lagi ke ptptn ni ? kene beli no bru yg hrga rm5.00 tu ker ? sbb sy just ad masa 4,hari sebelum daftat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry sangat sebab reply sangat lambat. Ha a, kena mohon balik. And kena beli no pin baru jugak. Apply je dulu, lulus ke tak permohonan ptptn tu selalunya dapat tau after dah masuk belajar :)

      Delete
  78. Kak.knpa saya tak brjaya nk dftar ptptn.ni dah kali kdua saya beli no pin.dah refer dkat pejabat U,bgtau problem. but tetap xboleh jugak.Balik2 no pin tidak berjaya . Boleh ka klau saya refer terus dkt cawangan ptptn ??

    ReplyDelete
  79. Assalamualaikum akak :)
    Tarikh saya masuk ke universiti adalah 28/2 ni. Tp pihak ptptn dtg ke universiti pd 15/2. Adakah semua tarikh pihak ptptn ni dtg sebelum kemasukan ke universiti??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Melissa maaf lambatttt reply.

      If dia datang 15/2 tu, means tu untuk pemohonan kelompok pertama. and maybe melissa punya permohonan dalam kelompok kedua. Harap jawapan ini membantu :)

      Delete
  80. Salam sis, untuk butiran kelayakan (diploma), saya nak kena isi apa ek utk tahun peperiksaan?

    Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Maksud awak nak letak tahun awak amek diploma bila?

      Delete
  81. assalam.. since skrg everything isi online, if kite trlupa nk tukar tahun ambil SPM tu cmne ye? seriously xprsan tahun tu kt bhgian atas result SPM.. tw2 after dh send n semak balik, tgk thun ambil SPM tu tahun 2016 plak.. adui

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Untuk tahun SPM, tiada masalah untuk guna kaedah potong potong tu :)

      Maaf kalau ada yang terkurang. TQ singgah :D

      Delete
  82. Saya dah mohon tp salah isi maklumat program?nak buat apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk ini, saya tidak pasti samada boleh guna kaedah potong potong tak. sebab amount untuk pinjaman PTPTN based on courses yang kita ambil. Better untuk awak call PTPTN. :)

      Thank you for reading and sorry for incovenience

      Delete

Share anything, accept everything.
Spill your thoughts here ☺☺☺