BLOGGER IS ON HIATUS. ANY QUESTIONS, PLEASE EMAIL AT sherahshahirah24@gmail.com or ANY OTHER LINKS THAT I'VE PROVIDED IN LINKS SECTION. MERCI, ARIGATOU GOZAIMASU, SYUKRAN, THANK YOU ☺

Members ♪

Tuesday, February 12, 2013

Nasihat untuk adik-adik yang nak isi UPU


Hi there ! So, how's your routine day? :) I'll bet it must be fun. HA HA. Sebagai warganegara Malaysia yang prihatin dan mengambil berat, *puii* aku nak share sikit nasihat untuk pelajar-pelajar Matrikulasi yang tengah nak mohon degree ni :D HI HI HI. Nasihat yang aku bagi berdasarkan pengalaman. Kalau nak terima boleh, tak nak pun boleh. Janji korang bahagia bila singgah blog aku ni. *maaf, merapu seketika*.


Pertama- tamanya, mestilah kena ada nombor pin kan? Ni boleh beli dekat BSN yang dekat dengan tempat koranglah. Beli cepat, nak buat permohonan pun cepat, kan? Jangan lambat-lambat, nanti macam-macam masalah timbul tau. Ada kes dua orang pelajar matrikulasi yang sama, nombor pin diaorang secara kebetulan sama. Exactly the same ! So, masa nak mengisi UPU tu, dia ada problem, bila kawan dia cek nombor pin tu,tengok-tengok sama pulak dah. Hurmm, ni cikgu Hassan kat KMJ dulu cerita. Bukan cerita tipu tau. Lepastu, untuk keselamatan, jangan bagi orang lain tengok nombor pin korang. Itu pun advice dari Cikgu Hassan tu. Aku pun tak sure kenapa, padahal itu isi sekali je time permohonan nanti.


Next, time nak mohon tu set dalam kepala korang nak pilih universiti and kos ape. Ada 12 pilihan yang korang boleh buat. 4 untuk research university dan selainnya adalah untuk IPTA yang wujud kat Malaysia ni :) Contoh research university,

  1. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  2. Universiti Malaya (UM)
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  5. Universiti Sains Malaysia (USM)
Masa pilih kos ni tengok dulu kelayakan dia. Sila klik di sini untuk tengok kelayakan kos tersebut. Paham tak yang ni? Hurmm, penting tau pengiktirafan MQA ni. Nak tau lebih lanjut kenapa penting? Ayah aku cakap, kalau takde pengiktirafan ni, kira macam kos yang korang mohon tu tak diiktiraf. Bila tak diiktiraf, susah untuk masa depan korang nanti, contohnya masa nak mohon kerja nanti. Paham? HO HO HO. Maaflah, aku tak hebat sangat nak terangkan pasal ni.


Kemudian, masa mohon tu make sure la tanya pendapat parents korang dahulu. Ada sesetengah parents, nak yang terbaik untuk anak dia, so tak salahkan masa tengah isi borang UPU isi sama-sama, together gether dengan parents :D Ini juga merupakan salah satu keberkatan ye anak-anak XD

Haa, lagi satu, time nak mengisi borang tu kena ada 100% kesabaran. Ada sesetengah berjaya isi sampai habis, ada sesetengah kena reload, refresh banyak kali. Hurmm, ada satu kisah. Masa aku nak isi UPU, macam biasalah, mungkin masa tu server dia tak berapa nak okay, UPU ni buat hal. Syok aku tengah isi maklumat, bila nak tekan "seterusnya", keluar apache tomcat ape ntah. Pastu nak isi balik, keluar maklumat orang Kelantan :O HAHAHA. Memang kena sabar tau. Untuk kebaikan korang jua :)


Okeylah, itu je kot. Selamat mengisi :D Sesiapa yang mohon UMT tu, kalau dapat, bagitau lah ye.. Beta berada disana :D HI HI HI.. Adios amigos sahabat :)




Thanks for dropping by :)

15 comments :

  1. salam nk tny nie...upu kn ad 12 pilihan ru n ipta biase...adakh dy akn bg twaran due2 or slh satu sme ad ru or u bese...???

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam :D
      dia akan bagi salah satu tawaran je dalam 12 pilihan tu :)

      Delete
  2. salam sis nak tanya ,4 U y sis nyatakan kata atas untuk y aliran sains kan ? tahu tak U y okay untuk budak aliran vokay ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf reply lambat. Uni kat atas tu, budak vokay pon boleh :) jangan risau. contoh mcm kalau kemahiran adik more kepada binaan bangunan, adik blh try mohon diploma berkaitan tu, dekat uitm or mana2 pn blh :) Untuk Uni kat atas tu, mostly dia tawarkan ijazah sarjana muda. try UiTM, UTHM, ade banyak kos untuk diploma :)

      Harap membantu, :D

      Delete
  3. sis nak tanya lepasan SPM yang nak buat medic kena amik Asasi sains dulu ker ? atau pun pergi matrikulasi ? yang mana lebih baik ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hurm. kalo nak buat medic, slalunya dia ade fast track cth asasi sains la. pergi matrikulasi pon okay. senang citer adik try observe bakal2 doktor yg tgh study :) ade yang trus pergi degree doctor kt universiti swasta.. banyak choice gak sebenarnya :)

      macam ada member chinese di matrikulasi dulu, dapat jugak amek kos dentist after matrikulasi. make sure 4 flat utk each sem :)

      sorry kalo tak byk membantu. :)

      Delete
  4. salam sis, nak tanya kalau siapa yang nak amik course medic tu kena apply asasi sains kan?

    ReplyDelete
  5. Sis th x IPTA ap yg ad menawarkan bidang kedoktoran...

    ReplyDelete
  6. Salam sis, sy nk tny. Dlm upu tu kn kita kne isi 3 pilihan bidang tu, so yg pilihan bidang pertama tu utk kos dlm ru o ipta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.

      ni adik mohon upu utk diploma or degree? kalo diploma, disarankan 3 pertama tu kos dan universiti yg awak minat :)

      Delete
  7. Assalamualaikum , nak tanya . Kalau degreee punya , 4 pilihan pertama tu mmg kena letak RU ka ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum
      ha a. dia ada 12 pilihan. 4 kotak atas tu untuk RU. kalau tak nak mohon RU, terus isi yg lagi 8 tu :) tu waktu zaman saya mengisi la. tak tau kalau dia dh update ke sistem :) Wallahualam.

      Delete
  8. assalamualaikum akak.saya nak tnya ttg bidang yg diiktiraf MQA tu.. dia ad no soro shja ke atau kena ad nama MQA dihadapan ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. No soro tu apa ye? maaf saya kurang tahu apa tu no soro. Tapi, adik boleh cek link ni untuk tengok courses adik MQA certified tak :) MQA Certified IPTA/S

      Delete

Share anything, accept everything.
Spill your thoughts here ☺☺☺