BLOGGER IS ON HIATUS. ANY QUESTIONS, PLEASE EMAIL AT sherahshahirah24@gmail.com or ANY OTHER LINKS THAT I'VE PROVIDED IN LINKS SECTION. MERCI, ARIGATOU GOZAIMASU, SYUKRAN, THANK YOU ☺

Members ♪

Monday, December 24, 2012

24122012



Bersua kembali.. *eceh, macam dalam tv plak* HE HE HE :P Sambil kesejukan ala-ala musim salji di London, aku gagahkan diri untuk meng'update' blog ni.. HE HE HE :D Sambil-sambil dok update entri ni, aku tengok cerita Barbie sekali... HU HU HU... Best woa...


Okeylah, serius memang kesejukan kat UMT nih.. Musim hujan tak berhenti-henti.... Sampai banjir dah UMT ni XD.. Serius part ni tak tipu.. Jiran bilik sebelah cakap air dah paras lutut. Tapi ada jugak certain tempat air dah naik paras pinggang. Hujan ni dari semalam tak berhenti, tapi pagi tadi, dia macam reda sikit lah.. Dalam pukul 1 petang lebih tu, dia lebat balik... Time-time ni lah ramai student nak main hujanlah, nak main air banjir semua.. HA HA HA... :P Aku pun tak lari dari memasang niat nak main hujan yang lebat nih :P Sebelum ni kat Muar, jarang banjir sangat, kalau banjir pun paras buku lali je.. HA HA HA.. Tu yang aku agak jakun sikit bila dapat tahu ada sesetengah tempat kat UMT ni banjir XD


sumber : faiz Mas aji


Tengok hah gambar tu.. Ni aku dapat dari facebook member.. Banjir woi.. Lebat gila hujan kat sini.. HE HE HE.. bak kata roomate aku, boleh buat UMT waterpark... HA HA HA....

Ehem ehemm.. Sebenarnya ada benda yang aku nak cakap ni... *segan pulak* Tengok la tajuk entri tu.. Sila-sila lah tengok.. Tu tarikh kan? HE HE HE... Alhamdulillah hari genap 19 tahun aku hidup di Bumi milik Allah SWT ni :) Dan terima kasih daun keladi jugak kepada yang dok wish aku dalam Facebook, Twitter phone semua :P Rasa terharu sangat-sangat.. :) *rasa macam buat ucapan penghargaan pulak XD* Malam ni aku nak telepon abah pulak... Ngengg~~ Mekaseh jugak pada level mate aku yang wish dan nyanyikan untuk aku semalam... Huwaaa, serius rasa malu-malu kucing parsi... Ngengg >.< And Thanks a lot to my best buddy!!! He's the first person who wishing me last night :3


Hurm, tapi aku tak bolehlah berseronok sangat.. HA HA HA... Final exam dah nak dekat dah ni.. Sumpah cuak, bila teringat... Tapi apa yang aku buat, tengok movie tak sudah-sudah... Teruk kau nyah~~ Okeylah, kepada semua yang sudi membaca entri ini, wish me luck for this final exam :) And all the best to you too... Okeylah, babai... see ya~








Thanks for dropping by :)

Sunday, December 16, 2012

Keenakan Mee Siput :D


Hee, how's your day guys? Kalau Terengganu  ada keropok lekor, Pulau Pinang ada Pasemboq, kat Johor pun ada.. Yang famous Mee Bandung Muar.. HA HA HA.. Tapi ada satu jenis makanan yang tak berapa nak famous, tapi boleh jumpa kat Johor je.. Pernah dengar mee siput? Pernah makan mee siput tak? Hooo~ Tau tak mee siput tu apa?


credit to : Google


TARAAA~~ Ni lah mee siput.. So, pernah tengok tak? Urm, maybe ada sesetengah tempat ada jugak makanan ni, tapi nama dia lain ke, kan? Kalau ada, please share it with me, glad to know what other places call this food :D Sangat sedap weh, bagi aku :) Ada kisah sebenarnya disebalik cerita mee siput ni..


Masa dekat matrik dulu, adalah pakcik jual jambu sekitar dewan tuh.. Memang selalu lepak situ, pastu beli jambu yang pakcik tu jual :D  Satu hari ni, pakcik ni ada la jual mee siput,aku dengan penuh terujanya belilah satu, and ajak jugak member-member yang lain beli mee siput ni :D HA HA HA.. So, dari situlah aku dapat tahu, yang diaorang semua tak tahu mee siput tu apa.. Mula-mula tu aku terkejut gak, sampai ada member tanya, "Bakpe panggil mee siput? buat dari siput ke? ". Aku gelaklah jugak, dengar statement member aku tu :D HE HE HE... So, terpaksalah aku explain satu-satu kat diaorang.. :D Aku suruh diaorang try, yup diaorang cakap memang sedap.. Crunchy-crunchy gitu~~ Rupa-rupanya mee siput ni terkenal kat Johor je.. Takpun, terkenal kat MUAR je kot.. HA HA HA *sbb ada tanya member dari JB ngan Kluang, diaorang pun tak tahu*


So, bila datang Terengganu ni, aku tanyalah kawan-kawan yang datang dari pelbagai negeri, memang diaorang tak tahu mee siput tu ape... And that's how I start to tell the story of  "MEE SIPUT"... he he he he he he he XD Okeylah, setakat ni sahaja :D Do leave your comment and let me know what other places call mee siput is... ;) Adios amigos~~~

Thanks for dropping by :)

Sunday, December 9, 2012

My buddy and Me :D



I still remember the day I met him..  My best buddy.. It was a gloomy day... Yet, I was frustrated with the people and all the environment around me.. That evening, I had Chemistry tutorial class.. It was my not-so-well subject.. Man, it's hard for me to get along with this subject. At first, my buddy and I never talk to each other.. Everybody look so arrogant, so do I... :D But that evening, he did something that I would never expect he would do that to me. He's hitting me with his big heavy bag, and it really do hurt me. After that, I chased him  with all my effort. It was an involuntary action to chase him. With my Kurung, I chased him around the lecture hall. I was upset. I told him, " Why do you hit me with your bag? It's hurting me!!"


"Hahaha.. Serves you right!!!", he laughed at me while I'm trying to gasp some air.



Then, all my classmates come to us, laughed at me, because seeing me running with my Kurung. They teased me, but my buddy keep laughing. " Stop it!! Did I've done something wrong at you? Why do you hit me with your big bag???", I shouted at him.



"Hahahaha.. Just for fun~~ Relax", he told me. I was upset that day and it's hard to smile like I used to be. If you guys see my moody face, you'll feel scared to talk to me :D Then he walked with me.



" Dude, I'm sorry.. I just want to talk with you", he said.


"Why did you do that? Is it difficult to say 'Hi', 'Hello', rather than hitting me with your bag? I'll kill you someday", I said to him with full of anger. But my classmates including my buddy too, keep laughing because they can't forget my style while I'm chasing him with my purple Kurung.




*to be continued*

Thanks for dropping by :)

Friday, December 7, 2012

.....nothing to say....

to YOU :


 1) All you need to do is enter the






Thanks for dropping by :)

Final Sem.. Ohoiii~



Lama dah tak update entri... Haishh.. Ape nak jadi lah dengan aku ni kan.... Hurmmm~~ Almaklumlah, busy kononnya mengalah kat perdana menteri *puihhhh*.. Tapi, ni memang tak tipu, aku rasa memang busy bila dok kat universiti nih... =____=" So, berkenaan tajuk kat atas tuh... GULPP.. Telan air liur banyak2 sampai kenyang.. HA HA HA :P


Aku rasa baru berapa bulan dok kat universiti ni.. Rasa macam baru je lepas orientasi semua.. HA HA HA.. Tapi tup tup.. Dah nak final sem... Jadual exam pun dah keluar... Jantungku berdegup kencang, dan hampir tercabut dari posisinya.. muahahahaha.. *propa lebih*... Bulan Januari ni dah exam.. phewww.. cepat gila rasenye... Pastu cuti sebulan... HA HA HA.. Jadual exam pun aku still tak ingat lagi.. Tapi,, apa yang aku ingat, first day exam, PROGRAMMING 1... HE HE HE =____="




Tekan kasi besaq sikit

Haa, ni lah jadual final exam aku :O Tak banyak gap sangat.. Mau botak kepala aku kena pulun habis untuk final ni.... HA HA HA =___=" Final oi, final.... HA HA HA.... Tapi dah nak habis semester satu ni la, pensyarah banyak bagi assignment.. Semalam je dah tidur lewat sebab nak siapkan assignment *siapa suruh tangguh,, haaa, amek kau*.... Ingat malam ni nak buat assignment lagi satu pulak.. HA HA HA HA.. Tapi esok, ada program 1 Citizen. Aku pun tak tahu macam mana boleh tergerak hati nak pergi.. HA HA HA..


Oh yeah, ada satu lagi cerita... Minggu lepas adalah Hari konvokesyen kat universiti aku :) Kinda best, looking at all the graduated seniors... Aku pulak join jadi urusetia MPP :) Mula-mula tu ada la aku buat hal.. Pastu malu-malu sebab buat hal... HA HA HA.. Then, bila dah ngam, rasa bahagia je bila dengan diaorang... Sangat friendly dan gila-gila... HA HA HA.. Aku pulak malu-malu kucing parsi.. *oppss* Time pesta konvo, tu, ada gak tolong dua orang akak niaga kat situ :D Kira aku baru kenal mereka kat situ lah, ada senior aku yang berniaga dengan dua orang kakak tu, pastu, senior aku pulak mintak tolong jagakan kedai tu :D Alhamdulillah rezeki aku dan roomate ku, dapatlah bawak balik sehelai tudung sorang *yeaaaa* Mekaseh kak shikin adn kak siti XD....Tapi memang penat sepanjang minggu tu.. Sebab aku ada masuk explorace untuk kelab kembara jugak.. Memang aku suka cari masalah sendiri... ....nyaaaannn~~~

Di sini, aku tolong promotekan jualan yang kitaorang buat time pesta konvo tu.. HE HE HE... Klik SINI untuk ke Facebook Ckin's Artwork... Kami menjual tudung, jubah dan t-shirt khat kufi :D *bolehkan gunakan kata ganti ketiga "kami"?*




Entri ni macam merangkumi dari minggu lepas lepas pulak aku rasa... Nak kata busy, tak sangat... Tapi dah nak akhir semester ni la, banyak pulak assignment dok beratur dan tunggu untuk disiapkan... Ngeh ngeh ngehehehe~~ Minggu ni pulak, macam masalah melanda.. Bak kata roomate aku, ade angin ombak rindu dalam badan... Tu yang macam orang putus nyawa tuh.. HA HA HA =___=" Masalah pang pum pang pum datang... Stress aku... HA HA HA... Okeylah, setakat ini je dulu... Till we meet again.. Sayonara.. Au revoir... Bye bye.... Selamat tinggal. HO HO HO :O




Thanks for dropping by :)